Malam itu
aku tidak ingat hari apa. Tapi yang aku tahu malam itu sangat sunyi. Aku yang
tinggal di dorm depan sedang berjalan menuju ke bilik bersiram asrama yang
terletak di hujung bangunan.
Sementara
mahu sampai ke destinasi, biasalah. Kawan-kawan dan jiran-jiran dari dorm
bersebelahan sibuk menegur aku. Mereka sedang bersiap-siap untuk ke kelas prep.
’Minah! Ko nak
pergi mana?’ soal Een. Aku sengih. Budak kelas B yang suka sangat kat K. Heh!
‘Toilet. Nak
ikut ke?’ soalku sambil ketawa. Dia mencebik. Dah tanya aku jawab la! Aku sengih
lagi.
‘Nanti pergi
kelas nak ikut!’ katanya. Aku angguk sambil meneruskan perjalanan aku yang suci
itu.
Pergi bersuci
memanglah suci!
Semasa aku
melalui dorm senior-senior, aku membuang pandang ke bahagian belakang asrama
yang gelap gelita. Sengaja, untuk mencabar hati sambil cari penyakit.
Langkah aku
terhenti apabila aku ternampak sesuatu yang sangat menarik bagi pandanganku.
Ngeng…ngeng..ngeng…ngeng….
Ngeng…ngeng..ngeng…ngeng….
Kuat bunyinya.
Melayang-layang. Terhoyong-hayang.
Ngeng…ngeng..ngeng…ngeng….
Ngeng…ngeng..ngeng…ngeng….
Aku berhenti
melangkah dan berdiri di tepi koridor hadapan bilik bersiram sambil memandang
benda yang melayang itu. Asyik. Aku mengamatinya betul-betul. Bentuk apa tu?
Apa bendanya
tu?
‘Oit!’ Kemudian
aku melompat. Terkejut!
‘Apa kau
tengok tu, Kak Minah!’ sergah Ten. Aku sekeh kepalanya.
‘Terkejutlah!’
Aku marah. Dia sengih sambil urut kepalanya. Budak tingkatan 3 ni memang suka
aku sekeh kepalanya.
‘Sorry, ar.’
Dia turut memandang ke arah ‘mereka’ yang aku tengok beriya-iya itu.
‘Fulamak! Berapi
tuu.’ Muncung mulutnya. Aku siku perutnya.
JANGAN
TEGUR.
Aku bagi
amaran. Kami lihat lagi benda itu melayang-layang dengan laju sambil
mengeluarkan bunyi pelik dan bercahaya seperti sedang terbakar.
‘Mereka’ melayang
dari arah Felda yang terletak di belakang sekolah aku menuju ke bahagian hutan terletaknya
kem tentera darat.
Ten pandang
aku. Aku letak jari di mulut. Isyarat diam.
‘Weh, aku
nampak macam bola api. Kau nampak apa, kak?’ soalnya.
Dia ni memang
nak kena. Berani betul dia ni. Aku jungkit bahu dan cuba buat-buat tidak tahu.
Aku tidak
mahu menafsir kerana aku tidak tahu apakah benda itu. Aku pun nampak bola api
melayang-layang. Aku mula rasa bulu roma aku menegak. Apa benda itu? Siap
keluar bunyi kuat lagi. Wau ke?
Malam-malam
main wau? Gila ke apa.
Ada ke wau
bentuk bulat?
Lagipun kawasan yang ‘mereka’ lalui itu kawasan pencawang RTM
yang ada wayar besar dan panjang-panjang. Bukan kawasan lapang nak main wau! Main
helicopter control pun tak layak!
Persoalan itu
terhenti dalam kepala otak kami apabila bunyi siren tanda jam hampir pukul 9.30
malam, dibunyikan kuat oleh ketua pengawas yang satu dorm dengan aku. Heh!
Aku dan Ten
kemudian mengambil haluan masing-masing. Takut lambat. Lambat ke kelas prep sama maknanya dengan cuci tandas
pada hari Ahad. Eii!
Cepat-cepat!
*****
Balik kelas prep, aku melenggang-kangkung menuju ke
dorm Een. Maklumlah geng. Nak paw dia punya megi. Tidak tahu mengapa, perut aku
berkeroncong. Padahal tadi dah makan supper!
Alah, supper
biskut empat segi tak cukuplah, ujarku beralasan. Een memang baik hati. Lepas aku
buat muka kesian sambil merayu, dia bagi megi karinya yang tinggal sebungkus
itu saja. Siap letak syarat lagi.
‘Kita share, kau masak!’ katanya sambil ketawa
besar. Ces!
Ingatkan nak
bagi aku semua! Disebabkan geng punya pasal, aku terus setuju.
La...la…la…la..
Aku berjalan
dengan suka hati sambil memegang jug untuk ambil air di bilik bersiram tanpa
menyedari apa yang bakal berlaku di masa hadapan.
Namun begitu,
apabila langkah aku tinggal beberapa sahaja lagi untuk sampai ke bilik
bersiram, aku mangambil langkah seribu, berpatah balik ke dorm Een.
Aku pulangkan
megi kari Een.
‘Dah kau ni
kenapa Minah? Tadi beriya-iya nak makan!’ Rungut Een.
‘Lain
kalilah!’ tanpa mempedulikan Een yang membebel-bebel itu, aku berlari balik ke dorm
aku. Rosak program!
Sampai sahaja
aku dalam dorm, terus aku duduk atas katil Ten.
‘Aku tidur
dengan kau ye malam ni, Ten.’
Ten kerut
dahi. Dia sedang sibuk melipat baju atas katil.
‘Kau kenapa
Kak Minah?’ Aku hanya diam sambil pandang Ten.
‘Esoklah
cerita,’ kataku sambil mengambil bantal dan selimut dan aku bawa ke katil Een. Apa
pun terjadi, malam ni aku nak tidur juga dengan Ten. Tak kira!
***
Pagi-pagi
lagi aku dan bercerita dengan Ten apa yang aku nampak pada malam aku cancel nak makan megi kari Een itu.
Sambil siap-siap
nak ke sekolah, mulut aku bercerita pada Ten, budak katil sebelah. Aku cerita
pada dia seorang saja sebab dia nampak bersama aku semalam. Malas kecoh-kecoh
sebab Kak Mawar; ketua pengawas ada. Tengah siap-siap macam kami juga.
‘Bola api
tu, patah balik.’ Mata Ten membulat.
‘Kali ini
besar sikit. Bunyi pun tambah kuat. Rasanya ‘mereka’ terbang dekat sikit la
dengan asrama kita,’ ujarku. Ten sudah takut.
‘Biar betul
kak?’ Ten telan liurnya.
‘Betul!’.
***
Sebulan selepas
itu, kami pulang bercuti. Seminggu. Cuti semester.
Pulang sahaja
ke asrama semula selepas bersuka-ria bersama keluarga, Ten terus mendapatkan
aku. Belum sempat dia salin pakaian, dengan nada perlahan dia bercerita padaku.
‘Saya dah
tahu apa ‘mereka’ yang kita nampak hari itu.’ sungguh-sungguh dia bercerita.
‘Apa?’
soalku tidak sabar.
‘Penanggal,
kak,’ katanya. Bulu roma aku menegak. Badan mula rasa seram sejuk.
‘Mana kau
tahu?’ Ten tersengih sambil mengeluarkan senyap-senyap buku Mastika dari dalam begnya. Aku tengok
kak Mawar tiada di katilnya. Bagus. Dia turun ke bilik bacaan. Kalau tak, mahu
kena rampas buku tu.
“Ten baca
dalam bas tadi. Betul kak! Sebijik dengan apa kita nampak hari tu.’ Ujarnya sungguh-sungguh.
Aku pun membaca muka surat yang dimaksudkan Ten. Mataku terbeliak dan jantungku
berdegup laju.
Aku tidak perlu
baca sampai habis. Dengan hanya satu baris ayat sahaja, ia berjaya menangkap
segala nafas aku.
Ketika penanggal terbang, ia menyerupai cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.
Ketika penanggal terbang, ia menyerupai cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.
‘Kan? Betul kan?’
soalan Ten itu aku balas dengan anggukan. Sama.
Apa?!!GULP.
Penanggal
rupanya. Dia buat apa terbang malam tu? Cari makan ke?
‘Macam mana
kalau ‘mereka’ datang dekat kita malam itu?' soalku. Ten tergelak.
‘Apalah kak ni. Penanggal cari darah orang
lepas bersalin jelah!’ ujar Ten.
‘Yelah tu. Darah
period kita macam mana?’ soalku. Ten
garu-garu kepalanya yang gatal tiba-tiba itu.
‘Sama ke?’
soal Ten pada aku. Aku jungkit bahu.
HISH! Mintak
simpang malaikat 44!
Malam itu
aku tidur dengan Ten lagi. Memang aku cari penyakit! Kan dah dapat penyakit!
Penyakit takut
tidur sorang-sorang!
Dalam hati,
aku menangis.
Huwaaaa! Aku
ada lagi 2 tahun tinggal di sini!
Nota kaki : Aku
nampak lagi ‘mereka’ melayang di belakang sekolah setiap kali bulan mengambang
penuh sambil mengeluarkan bunyi yang menjengkelkan. Kalau ikutkan hati aku nak
je baling dengan batu. Biar ‘mereka’ jatuh!
Pengalaman lain >>
> Histeria di Asrama Puteri
> Laluan Puakan - Menara Condong
> Rumah Atas Bukit
> Master Bedroom
Pengalaman lain >>
> Histeria di Asrama Puteri
> Laluan Puakan - Menara Condong
> Rumah Atas Bukit
> Master Bedroom
No comments:
Post a Comment