Sunday, November 13, 2011

RUMAH ATAS BUKIT : POKOK JAMBU AIR

Rumah atas bukit kami memang meriah. Kami sudahla sememangnya meriah ditambah pula banyak pokok-pokok yang tumbuh meliar di sekeliling rumah.
Dah macam dusun buah pun ada. Pokok apa kau orang nak?
Pokok rambutan? Pokok durian? Pokok mempelam? Sarang tebuan pun ada.
Tapi dalam banyak-banyak pokok ni aku suka nak highlight pokok jambu air. Buah dia kalau musim, warna merah. Cicah dengan kicap dan gula. Iiiissskkk..sedap!
Pokok ni, besar ye. Bak kata Opah aku. Rendang juga buahnya. Heh!
Dia tumbuh betul-betul belakang ruang tamu 2 dan bilik abang (tingkat atasnya). Sebab kerendangan dialah suasana ruang tamu tu seronok kami nak beronok-ronok sambil melepak-lepak dan bilik abang sejuk macam ada air-cond.
Suasana malam tu agak panas. Ayah dengan mak baru balik. Rasanya dari pasar malam.
Ayah ajak mak sembahyang Isyak sama-sama. Sekaligus aku pun kena ikut sekali.
Jemaah.
Selesai sembahyang Isyak, aku lipat telekung. Mak punya pun aku lipatkan. Tengah aku melipat telekung tu, terdengar satu bunyi pada bumbung ’awning’ di bahagian pokok jambu air itu. Macam ada orang baling pasir.
Sseerrrr!!!! Sekali. Senyap.
Eh, siapa pulak main baling pasir kat bumbung tu? Mak tegur. Aku tengok adik-adik aku. Aku kira satu-satu.
Cukup. Semua tengah mengadap tv. Cerita Rumah Kedai.
Soalan itu dibiarkan berlalu tanpa jawapan.
Kemudian, ayah mengadu lenguh-lenguh badan. Minta mak urut. Tak lama lepas tu ayah cakap belakang badan dia rasa panas. Mak selak baju ayah bahagian belakang.
Mak terkejut. Aku pun terkejut sekali. Abang pun menyibuk nak tengok.
Belakang badan ayah, berbirat.
4 garis merah. Tanda kena cakar. Mak sentuh kesan garis tu.
Adeh! Kata ayah. Pedih yang menyengat. Jawab ayah bila kami tanya sakit dia rasa macam mana.
Dalam hati budak aku waktu ni terfikir. Kenapa ada orang tabur pasir kat bumbung rumah aku?
Kenapa pulak belakang ayah nak bercalar?
Orang nak guna-gunakan ayah aku ke?
Aku naik bilik abang. Aku buka pintu.
GELAP. Tingkap bertutup. Sejuk.
Aku tutup semula pintu. Bismillah.
Lariii!!!!!!!!!!


No comments: